Apakah Yang Maksud Bitcoin?
Anda akan mengenali apakah itu bitcoin melalui artikel ini. Jadi selepas ini, anda akan betul-betul faham tentang Bitcoin dan kelebihannya.
Di dalam artikel ini, saya tidak mahu membuat anda pening kepala dengan segala terma dan bahasa yang berbelit-belit. Secara dasarnya, anda perlu memahami Bitcoin :
• Bitcoin adalah emas digital.
• Matawang dan emas adalah berbeza sifat.
• Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
• Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
• Bitcoin dilombong secara digital (*link ke bitcoin mining)
• Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).
• Sekiranya anda obses mengenai pelaburan emas dan betapa memikirkan bahawa emas suatu hari akan naik lebih dari 1000%, janganlah anda terkejut apabila mengetahui pada tahun 2011, 1 unit Bitcoin hanya bernilai $0.10 dan pada hari ini telah naik menjadi $250 untuk satu Bitcoin (melebihi 1000% dalam waktu 4 tahun) dan nilai ini akan terus menaik.
• Perniagaan menggunakan emas telah dipraktikkan sejak azali lagi. Sekarang adalah masa untuk menggantikan wang kertas dengan bitcoin yang menggunakan konsep yang sama dengan emas.
• Kesedaran mengenai bitcoin masih sangat minimum bukan sahaja di dalam negara tetapi secara global.
• Di dalam post yang seterusnya, kami di Bitcoin Malaysia akan mengulas dengan lebih lanjut tentang kelebihan Bitcoin berbanding dengan wang kertas, bentuk-bentuk Bitcoin (anda pasti terkejut nanti) selain berbentuk digital, bagaimana untuk membeli dan menjual Bitcoin serta bagaimana untuk menyimpan Bitcoin.



0 comments:
Post a Comment